Teringat-ingat lagu R.Azmi, dari kerana mata. Liriknya berbunyi dari kerana mata, yang mempunyai kuasa, oh aku tergoda,aku tergoda...menarik bukan, mata pun boleh dijadikan sumber ilham seni.
Besyukurlah pada Tuhan kerana kita telah dikurniakan dua mata. dari mata, kita diberi deria penglihatan. ada yang dikurniakan mata tetapi tidak dapat melihat. ada juga yang dikurniakan mata tetapi penglihatan terhad dan terbatas. Maka ada di antara kita yang rabun warna, rabun dekat dan rabun jauh.
Perihal mata juga luas. Mata mengajar kita erti kehidupan. Kita kenal rupa, pesona dan karekter. Mata menerbitkan emosi yang sampai ke hati. Kerana mata kita jatuh cinta sebab pandang pertama, pandang berkali, pandang sebelah, pandang belakang..hehehe. Semua mengundang bahagia. Namun kerana mata juga kita kecewa dan merana.
Mata penyeri wajah. Mata yang bulat, sepet, kuyu dan redup mencerminkan peribadi manusia. Ia juga melambangkan bangsa/keturunan. Tipikal kan kenyataan ini. Mata sepet merujuk kepada kaum Cina, Korea, Jepun. Walau apa pun, dalam dunia moden ini, kenyataan ini boleh dibidas. Kenapa yer, kerana mata juga mempunyai aksesorinya iaitu kanta lekap. Kanta lekap ini boleh membuatkan mata kelihatan mata besar dan bersinar, apatah lagi dengan kepelbagaian warna. Selain itu,disebabkan mata juga, ada cermin mata dan sun glass..kalau tak da mata, takkan nak letak kat hidung kan..hehehe..semua nak memberi kemudahan kepada mata serta melindunginya.
Sememangnya ciptaan Tuhan ini amat istimewa. Jadi, hargai mata anda.
Tuesday, 13 August 2013
Monday, 5 August 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)