Otok Bidayuh
Masam-masam pasal Bidayuh
Tuesday, 28 January 2014
Belajar bahasa Bidayuh Jagoi,
Adakah anda pernah mendengar bahasa Bidayuh? Dah sampai ke Serikin tak? Kalau dah pernah sampai, maksudnya dah pernah dengar lah sedikit bahasa bidayuh...atau ada yang bermakwe orang Bidayuh?
Nak kata senang, tak juga senang, nak kata susah..mana ada susah....cuma bahasa bidayuh yang dituturkan adalah berbeza di antara kawasan di dalam Sarawak. Maksudnya orang Bidayuh Serian, Bidayuh Pedawan, Bidayuh Penrissen dan Bidayuh Bau akan menuturkan dialek yang berbeza. Walaupun ada sedikit persamaan, tapi kadang-kadang susah jugalah nak faham. Dalam blog ini, saya fokus bahasa bidayuh jagoi. Jadi kalau pergi Serikin, bolehlah faham sikitkan apa yang disebutkan.
so, kita boleh mula dengan bahasa asas lah yer.
Perkataan asas:
makan - man
minum - nuok
harga - roga
berapa - kudu
ambil-mit
nama-adon
apa-oni
kenapa-oniwat
Ala, belajar sikit2 lah dulu. Nanti saya tulis lagi dan share..nak buat kajian sedikt mengenai asal usul bahasa Bidayuh ini..

Tuesday, 13 August 2013
dari kerana mata
Teringat-ingat lagu R.Azmi, dari kerana mata. Liriknya berbunyi dari kerana mata, yang mempunyai kuasa, oh aku tergoda,aku tergoda...menarik bukan, mata pun boleh dijadikan sumber ilham seni.
Besyukurlah pada Tuhan kerana kita telah dikurniakan dua mata. dari mata, kita diberi deria penglihatan. ada yang dikurniakan mata tetapi tidak dapat melihat. ada juga yang dikurniakan mata tetapi penglihatan terhad dan terbatas. Maka ada di antara kita yang rabun warna, rabun dekat dan rabun jauh.
Perihal mata juga luas. Mata mengajar kita erti kehidupan. Kita kenal rupa, pesona dan karekter. Mata menerbitkan emosi yang sampai ke hati. Kerana mata kita jatuh cinta sebab pandang pertama, pandang berkali, pandang sebelah, pandang belakang..hehehe. Semua mengundang bahagia. Namun kerana mata juga kita kecewa dan merana.
Mata penyeri wajah. Mata yang bulat, sepet, kuyu dan redup mencerminkan peribadi manusia. Ia juga melambangkan bangsa/keturunan. Tipikal kan kenyataan ini. Mata sepet merujuk kepada kaum Cina, Korea, Jepun. Walau apa pun, dalam dunia moden ini, kenyataan ini boleh dibidas. Kenapa yer, kerana mata juga mempunyai aksesorinya iaitu kanta lekap. Kanta lekap ini boleh membuatkan mata kelihatan mata besar dan bersinar, apatah lagi dengan kepelbagaian warna. Selain itu,disebabkan mata juga, ada cermin mata dan sun glass..kalau tak da mata, takkan nak letak kat hidung kan..hehehe..semua nak memberi kemudahan kepada mata serta melindunginya.
Sememangnya ciptaan Tuhan ini amat istimewa. Jadi, hargai mata anda.

Monday, 5 August 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)